harap kita semua sihat disamping insan insan tersayang .
entry kali ne agak sedih jugakla . sedih buat aku . sobsob ;(
hubungan yang dijaga bagai minyak yang penuh akhirnya tertumpah jgk . cehh ayat . adoi . haha !
yang pasti hubungan aku dan dia dah berakhir . sebab ? sebabnya takdir yang mahukan begitu . barangkali
aku yang menjadi mangsa keadaan hanya mampu berserah . hubungan yang terjalin akhirnya putus dipertengahan jalan . salah siapa ? ntahlah tidak ada sesiapa yang perlu dipersalahkan . anggap saja ini semua takdir dari yang Maha Esa . jika ada jodoh buat kami InsyaAllah tidak ke mana (:
doaku moga kau bahagia disamping pilihan hatimu . aku hanya mampu berdoa moga kau tidak terus melupakan aku yang pernah hadir dalam hidupmu walaupun cuma sebentar .
aku terlalu menyayangimu tap harus bagai mana ? ini semua kehendakmu . harapanku , moga kau berbahagia hendakNya . InsyaAllah
biarlah kita mencari haluan masing masing . aku dengan hidupku dan kau dengan hidupmu .
maaflah aku terpaksa block kau dari facebook sebab aku tidak mampu menanggung rindu . hatiku sakit . terlalu sakit . dan disebabkan facebook jgk kita selalu bergaduhkan ? biarlah kita terus begini . mungkin ini cara yang terbaik . aku terpaksa melupakanmu walaupun terlalu sukar untuk aku melakukannya . sesungguhnya aku terlalu merinduimu .
okla nampaknya cukup setakat ini saja coretan yang mampu aku catatkan . aku tiada kekuatan untuk menempuh dugaanNya . semoga kalian sentiasa dalam lindunganNya . Aamiin Ya Rabb (:
Assalamualaikum wbt
Tiada ulasan:
Catat Ulasan